Vid's

Isnin, 22 Oktober 2007

Raya ??

Huwaa...dah lama aku tak update blog nih. Al-maklum le...kerja kat tempat baru...banyak menda nak belajor. Amacam Raya korang ?? Best ?? Tahun nie aku beraya kat Semenyih/KL/Gombak. Aku jemput Ayah dan adik pompuan aku ke rumah pada malam sebelum raya. Dah 2 tahun aku tak beraya dengan dorang. Tahun nie aku beraya 'ala-cart'e ( ala-kadar) je.



- Sahabat aku - Affat & Yasmin & aku

Selesai solat sunat Aidilfitri, aku beraya ke rumah Sahabat aku kat Semenyih. Selepas tu aku terus gi Gombak, ziarah pusara arwah emak aku dan arwah datuk (al-fatihah buat kedua-duanya). Pastu aku ke Bt. 10, Gombak..ke rumah Nenek aku yg dah dekat 1 tahun aku tak pegi. Korang mesti perasan yg aku dah lama tak ziarah/jumpa Ayah & Nenek aku. Ini suma sebab aku ada "kes" family dgn dorang. Tapi exception buat Nenek aku sebab punca sebenar aku tak ke Gombak sebab aku bengkak dgn mak-mak sedara aku yg tinggal berdekatan rumah Nenek aku tu.



Back Row - My Wife, Yasmine & Yusy
Front Row - Ayah, Yusryzal & Aku

Aku bersyukur sebab walaupun aku menjauhkan diri dari sedara-mara aku...aku still ada rakan-rakan di sekelilling aku yg ambil berat tentang aku bila aku senang & susah. Allah saja yg membalas jasa korang.

Aku tak kisah kalau orang mengata aku..tapi JGN mengata emak aku...lebih-2 lagi selepas emak aku meninggal. Kalau aku tak "tangan" mulut dorang...aku akan menjauhkan diri aku dari dorang...seperti yg aku buat 2~3 tahun nih. Aku terpikir gak..kalau aku "tangan"kan dorang..dorang tu dah tua bangka..nanti kalau cedera teruk...masuk balai atau masuk hospital plak aku nanti...Oleh itu..kita "menyindiri" lah.

Masa aku sampai kat Rumah Nenek aku...sebak plak hati aku bila Nenek aku peluk-cium aku, wife & anak-2 aku...rindu benar dia kat aku & family. Yang best...sorang pun mak-mak sedara aku semua lepak rumah masing-2 bila aku sampai sana...ntah apa hal ntah. Selalunya...ada je melepak kat rumah Nenek aku. Ahh...Lantak le diaorang...aku tak peduli..janji aku jumpa Nenek aku.

Hujan lebat petang 1 Syawal...Yusryzal tetiba muntah-2 + semput. Aku terpaksa "cargas" dari rumah Nenek aku balik rumah sebab ubat dia aku tertinggal kat rumah. Aku janji dgn Nenek aku yg aku akan datang balik hujung minggu nih..insya-allah.

Semalam Baksoto datang rumah aku...fuyooo sekali keta baru laaaa. Bergaya Sungguh. Kepada Baksoto - Hujung minggu nie den datang umah ko...masak sodap-sodap iye.

Tahniah buat En Hafiz...menimang cahaya mata (baby girl) pada Ahad Lepas..Hehhehe aku akan gelar ko "Daddy Kool" mcm tajuk lagu Boney M...feveret ko tuh.

Tiada ulasan:

blog meter

Free Counter